bon bon turun

Monday 21 May 2012

tubuh tadika tapi tak tahu macam mana?

Saya juga pasti bahawa memiliki pusat Taska atau Tadika yang maju merupakan impian anda tidak kiralah samada anda belum bermula mahupun anda telah bermula.
Bagi anda yang mempunyai modal besar atau mempunyai simpanan yang besar, anda boleh bermula pada bila-bila masa anda bebas memulakan perniagaan Taska/Tadika anda namun jika anda hanya mempunyai modal yang kecil tidak bermakna ianya sebagai satu halangan besar buat anda kerana anda tetap boleh berjaya.
Anda perlu melakukan perniagaan dengan berkonsepkan “start small, finish big” bermaksud anda bermula dengan modal yang kecil namun mampu mengaut keuntungan yang tinggi. Sudah tentu anda akan berkata “ Bagaimana boleh saya perolehi keuntungan tinggi sedangkan saya hanya mempunyai modal yang kecil untuk menjalankan perniagaan ini...???” Namun anda jangan bimbang kerana anda berada di laman yang betul bagi menjawab persoalan anda ini.
Jika anda telah mempunyai sebuah Taska mahupun Tadika tidakkah anda terfikir untuk mengembangkan perniagaan anda ini dengan membuka beberapa buah lagi dan jadikan Taska/Tadika anda tersebut sebagai satu jenama yang hebat? Sudah tentu anda impikan perkara ini.
Mengusahakan Taska/Tadika merupakan satu bidang yang mampu menjana kekayaan buat anda dan untuk mula membuka serta menjalankan perniagaan ini bukan sesusah yang difikirkan dan ianya akan jadi mudah serta menguntungkan jika anda memiliki ilmu yang betul untuk melakukannya.
Mampu Ke Perniagaan Ini Memberi Pulangan Yang Sangat Lumayan ?
Ibubapa yang berhasrat untuk menghantar anak kecil yang berumur kurang 4 tahun ke Taska harus menyediakan wang sebanyak RM250 ke RM380 sebulan sebagai bayaran yuran bulanan.
Baik, katakan Taska anda tersebut mempunyai seramai 25 kanak-kanak dan katakan yuran yang anda kenakan adalah sebanyak RM300. Ini bermaksud anda menerima RM7,500 setiap bulan dan bayangkanlah juga jika anda memiliki beberapa cawangan Taska sehingga mampu menampung lebih 100 kanak-kanak. Lumayan, bukan? Anda boleh bayangkan berapa jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi.
Betul Ke Perniagaan Ini Mempunyai Pasaran Yang Tinggi ?
Boleh dikatakan 80% dari pasangan ibubapa sekarang kedua-duanya bekerja bagi menampung kos kehidupan dan satu masalah bagi pasangan ibubapa ini adalah kepada siapa harus mereka hantar anak-anak mereka yang masih kecil sewaktu kedua-dua mereka pergi bekerja mencari rezeki ?
Oleh itu cara yang paling mudah adalah dengan menghantar mereka ke pusat Taska mahupun pusat jagaan kanak-kanak.
Jadi anda boleh bayangkan potensi pasaran perniagaan ini. Setiap keluarga di kawasan anda berpotensi menjadi pelanggan anda.
Anda Mempunyai Masalah Dari Segi Modal Bagi mengurus Dan Menjalankan Perniagaan Ini... Apa Yang Perlu Anda Lakukan???
Ya memang betul setiap perniagaan memerlukan modal dan ianya bukanlah satu jumlah modal yang kecil namun jika anda tahu bagaimana untuk memperolehi serta bermain dengan pusingan modal maka ianya bukan lagi satu masalah utama.
Di sini saya akan berikan satu tip (saya ada banyak lagi kaedah untuk dikongsikan dengan anda).
Wang pendaftaran pelajar Tadika, contohnya.
Tambahan modal pusingan boleh anda perolehi menggunakan wang pendaftaran pelajar. Untuk pengetahuan anda setiap pelajar yang mendaftarkan diri di tadika anda perlu membayar wang pendaftaran tahunan sebelum mereka memulakan kelas tadika. Kebiasaan yuran ini dibayar pada sebelum atau awal tahun.
Katakan bayaran bagi pendaftaran sebanyak RM500 dan sekiranya terdapat 30 orang pelajar tadika mendaftarkan diri bermaksud pada awal tahun tersebut anda memperolehi wang sebanyak RM15,000. Makanya dengan wang inilah anda boleh membantu anda untuk digunakan sebagai wang deposit anda kerana wang ini akan anda gunakan untuk buku-buku aktiviti, uniform tadika, T.Shirt sukan, yuran aktiviti tahunan dan sebagainya.
Ada banyak lagi tip yang boleh saya kongsikan dan saya akan beritahu anda bagaimana anda boleh memiliki ilmu yang betul untuk menjalankan perniagaan nanti.
Antara Kelebihan Menjalankan Perniagaan Taska/Tadika/Pusat Jagaan...
Selain dari mampu menjana pendapatan lumayan secara berterusan, di antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda nikmati jika anda memilih untuk menjalankan perniagaan Taska adalah:
Anda tidak perlu mengeluarkan wang jika terdapat diantara anak-anak anda yang sepatutnya dihantar ke pusat Taska. Jadi ia mampu menjimatkan ribuan wang anda setahun.
Anda adalah Bos kepada diri anda sendiri dan anda bebas untuk mengurus serta memberi apa-apa keputusan terhadap perniagaan anda. Jadi anda bakal bebas dari tekanan masa kerja.
Anda mampu menggandakan wang anda kerana anda boleh menambah cawangan baru tanpa had.
Anda mampu lari dari tekanan emosi kerana suasana persekitaran kerja di tadika/taska mungkin seperti berada di rumah sendiri.
Perniagaan ini tidak memerlukan anda memperuntukkan masa yang terlalu panjang maka dengan itu anda mampu menggunaklan lebihan masa yang ada bagi merebut peluang-peluang lain bagi menjana kekayaan anda.
Anda berpotensi memperkembangkan lagi bisnes dan pendapatan anda dengan cuma duplikasikan bisnes taska/tadika yang telah berjaya anda jalankan.
Anda berasa puas dan bangga bila melihat kanak-kanak di bawah jagaan taska/tadika atau pusat jagaan kanak-kanak anda membesar menjadi pintar dan cergas.
Dan banyak lagi kelebihan jika anda memilih perniagaan ini sebagai perniagaan anda...


Nama saya Hajjah Salimah Abdul Hamid dan saya merupakan seorang pengusaha Taska dan Tadika. Saya juga adalah pengarah urusan Vonad (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diberikan akreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia untuk melatih pengusaha dan pengasuh Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
Bidang kebajikan kanak-kanak bukan lagi asing buat saya kerana sebelum menguruskan pusat latihan Taska ini, saya telah berkhidmat di JKM selama 38 tahun sebelum bersara. Pengalaman berdepan dengan pelbagai masalah kanak-kanak sudah sebati dengan diri saya dan ini juga merupakan bidang yang saya amat minati, iaitu mendidik dan membimbing kanak-kanak sehingga menjadi cemerlang.
Tamat sahaja khidmat bersama JKM, saya membuka sebuah pusat latihan asuhan kanak-kanak (KAAK) pada awal 2009, 2 buah taska pada tahun 2010 dan 2 buah tadika pada tahun 2011. Sehingga hari ini, seramai lebih 1,400 orang telah menyertai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dengan syarikat Vonad. Ketika ini kursus asuhan kanak-kanak melalui Portal JKM secara on-line sedang dijalankan di Vonad.
Saya tahu apa yang saya lakukan dan pihak JKM juga memberi kepercayaan dan akreditasi untuk saya mengendalikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak.
Datang ke Kursus Penubuhan Tadika/Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Anda tidak akan rugi kerana anda akan mendapat bimbingan yang sempurna daripada sumber yang tepat, penceramah yang berpengalaman dan diberi kepercayaan oleh pihak berwajib.
Bagaimana Anda Boleh Mengambil Manfaat Dari Saya ?
Sekarang anda telah tahu bahawa mengusahakan perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang menguntungkan dan untuk melakukannya bukanlah sesusah seperti apa yang anda fikirkan.
Untuk menjalankan perniagaan ini perkara yang lebih penting dari penyediaan modal adalah ILMU. Tanpa ilmu taska/tadika dan pusat jagaan kanak-kanak, anda seolah-olah cuba berjalan di dalam gelap gelita tanpa cahaya.
Dengan memiliki ilmu yang betul, maka anda mampu mengelak diri anda dari pembaziran kos, mampu mengelak dari melakukan kesilapan dan yang menariknya anda mampu menjana pendapatan yang lebih walaupun diawal pembukaan.
Untuk menyampaikan ILMU perniagaan ini kepada anda, maka dengan itu saya menganjurkan satu seminar yang bertajuk :
“Kursus Langkah Mudah Menubuhkan Taska/Tadika Dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak”
Kursus ini merupakan satu pakej kursus 2 hari dimana anda bakal dibekalkan dengan ILMU yang lengkap tentang perniagaan Taska/Tadika & Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
Segala persoalan serta permasalahan anda mengenai perniagaan ini akan anda perolehi dan tiada lagi rahsia untuk disimpan.
Mari kita lihat di antara beberapa perkara utama yang bakal dibincangkan di dalam kursus ini:
Prospek bisnes taska & tadika berasaskan hakikat wujudnya keperluan tinggi bagi penjagaan anak-anak daripada ibu bapa yg bekerja sepenuh masa, golongan keluarga middle & high income, dan bahawa di taska & tadika terdapat sistem jagaan anak anak yang lebih baik daripada di rumah
Aspek kedua lebih tertumpu kepada perkara perkara teknikal bagi menubuhkan sebuah taska atau tadika yang berlesen. Ini melibatkan jabatan jabatan yg berkuasa meluluskan pelan, meluluskan sistem jagaan anak anak, penjagaan kesihatan dan pencegahan kebakaran. Oleh itu pengusaha diperlukan menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan kesihatan dan Jabatan Bomba dan Keselamatan.
Selain daripada itu, ia melibatkan usaha mendapatkan modal daripada simpanan sendiri atau saudara mara dan daripada pihak bank
Aspek ketiga yang sama penting ialah pengurusan projek taska & tadika khususnya dalam pengambilan staf dan pengasuh, latihan asuhan, pengurusan aliran tunai & modal, pengurusan rekod rekod dan borang borang penting, latihan kecemasan dan sebagainya
dan banyak lagi
Anda sedar bahawa dengan mengusahakan pusat Taska/Tadika & Jagaan Kanak-Kanak mampu menjana pendapatan lumayan secara berterusan namun anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya...
Oleh itu, apa yang bakal anda perolehi adalah pakej kursus sehari yang akan menyediakan anda dengan segala ilmu serta maklumat yang perlu anda tahu dari A~Z bagaimana anda boleh menubuhkan serta menguruskan perniagaan tersebut dan jana kekayaan melaluinya...
Kenapa Anda Perlu Menghadiri Kursus Ini ?
Saya boleh sediakan sebuah buku untuk memberikan anda panduan menjalankan perniagaan ini di samping mendapat keuntungan buta-buta hasil dari jualan buku tersebut. Namun itu bukan hasrat saya.
Harapan saya semoga anda mampu menubuhkan, menguruskan dan seterusnya mengembangkan perniagaan ini dengan jayanya.
Dengan menghadiri kursus ini, anda bukan sahaja mampu memperolehi segala ilmu yang diperlukan, malah anda boleh terus berhadapan dengan saya bagi menjawab segala kemusykilan yang mungkin.
Yang penting anda mampu miliki kejayaan yang anda idamkan.
Faedah Yang Bakal Anda Terima Melalui Kursus Ini...
Menuntut ilmu dan berguru secara langsung adalah cara pembelajaran terbaik. Bukan setakat anda belajar menggunakan deria rasa, dengar dan lihat, anda juga berpeluang menghapuskan segala persoalan anda tentang pembinaan bisnes taska/tadika dan penjagaan kanak-kanak ini dengan bertanyakan soalan anda terus kepada saya.
Ini adalah faedah paling utama jika anda datang ke kursus ini dan belajar daripada saya. Tiada harga dapat diletakkan jika inilah yang anda cari selama ini.
Namun, terdapat faedah-faedah lain yang menanti anda di kursus nanti.
Ilmu Lengkap
Kursus ini dijalankan selama dua hari, sehari bisnez tadika dan sehari lagi bisnez taska dan anda boleh bayangkan betapa lengkapnya ilmu yang bakal anda perolehi nanti. Segala yang perlu anda ketahui dari A sampai Z akan dibekalkan.
Ilmu Yang 'REAL'
Ilmu yang dikongsikan juga adalah ilmu yang benar-benar asli. Ini kerana apa yang bakal anda perolehi adalah dari orang-orang yang mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam perniagaan ini. Untuk berjaya anda harus mengikuti langkah orang yang telah berjaya.
Membina Rangkaian Perniagaan
Anda akan berjumpa dengan insan-insan yang mempunyai minat mendalam dalam perniagaan ini. Mana tahu kemungkinan besar akan ada “perkongsian bisnes” yang terhasil bagi menubuhkan pusat Taska/Tadika dan Jagaan kanak-kanak anda.
Berapa Yang Harus Saya Laburkan Bagi Menghadiri Kursus Ini ?
Dari apa yang telah anda ketahui di atas, dengan menjalankan perniagaan ini anda bakal memperolehi satu penjanaan pendapatan yang sangat lumayan, berterusan serta selamat. Namun, semua itu boleh anda miliki dengan syarat anda melakukannya dengan cara serta pengurusan yang betul.
Jalan pintas untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk melakukannya dengan betul adalah dengan menghadiri kursus yang bakal saya jalankan.
Saya Berminat Dengan Kursus Ini. Bagaimana Saya Boleh Menghadirinya?
Untuk menghadiri kursus yang bakal saya jalankan, anda hanya perlu laburkan sebanyak RM320.00
Satu nilai pelaburan yang sangat berbaloi. Biasanya untuk satu kursus sebegini, anda terpaksa mengeluarkan wang sebanyak antara RM500 ke lebih dari RM1,000 dan inilah nilai sebenar bagi kursus dua hari ini.
Dengan RM320, anda bakal berpeluang menghadiri seminar 2 hari yang mana anda bakal memperolehi ilmu yang secukupnya bagi menjalankan perniagaan anda.
Jadi, tidakkah anda rasa bahawa pakej kursus RM320 selama dua hari ini sememangnya cukup berbaloi buat anda? Ya ianya pasti berbaloi.
Dan lagi, kursus ini hanya dijalankan pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad sahaja, supaya mudah bagi anda untuk menghadirinya. Walaubagaimanapun, hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk setiap satu sesi.
Perincian masa dan lokasi adalah seperti di bawah:
Kursus Tadika/Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak


Jadual Topik Kursus
HARI PERTAMA
Waktu Topik
09:30 - 10:30 Pagi
Pelan Bisnes Tadika dan Taska dan Faktor-faktor Menjamin Kejayaan Bisnes 
11:30 - 12:30 Tghari
Tips penting untuk membuat decision melabur dalam Bisnes berkenaan
1 Taska2:30 - 2.30 Petang Waktu Rehat : Makan 
2:30 - 4:30 Petang
Menubuhkan projek Tadika dan Proses Pelesenan dengan PBT & Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
4:30 - 5:00 petang
Sessi Q & A
HARI KEDUA
Waktu Topik
09:30 - 10:30 Pagi
Bisnes Taska dan Faktor-faktor Menjamin Kejayaan Bisnes Taska.
11:30 - 12:30 Tghari
Tips penting untuk membuat decision melabur dalam Bisnes Taska
12:30 - 2.30 Petang
Waktu Rehat : Makanan
2:30 - 4:30 Petang
Menubuhkan projek taska dan Kaedah Mendaftarkan Taska dengani PBT & Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang berkenaan.
4:30 - 5:00 petang
Sessi Q & A
Jadual Tempahan Kursus
Hari Tarikh Tempat Masa Yuran Status
Sabtu & Ahad
26 & 27 Mei 2012
Pusat Latihan Vonad No 5A, Tingkat 2, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan Reko, Kajang, Selangor DE
9:30 Pagi 4:30 Petang RM320 Tempahan Dibuka Sekarang
Lokasi Kursus
Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd.(Roc : 316602-X) 
No 5A, Jalan Hentian 3, 
Kompleks Hentian Kajang, 
Off Jalan Reko, 43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan.
Lokasi Pejabat Vonad bersebelahan Pejabat KWSP Hentian Kajang di atas Kedai Fotostat.
Peta Ke Lokasi





cUte OwL said MosHi2~

Monday 14 May 2012

nak pinjam sana-sini buka taska?

minggu lps try buat pasal sumber kewangan taska...
buat jadual nutrisi dan jadual pengajaran..
tp saya ditugaskan buat sumber kewangan...
saya dapat idea utk menggunakan agensi kerajaan MARA...
mohon pinjaman bank islam dan juga kumpul duit dari rakan kongsi...
Alhamdulillah settle sudah...
belek-belek cari sumber kewangan dkt internet ni terjumpa satu blog yg mcm menarik...
dia ckp pasal....


sumber: http://blog.mytadika.com/2007/08/07/mulakan-perniagaan-tadika-dengan-modal-kecil/
Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai modal antara RM10,000 hingga RM15,000 anda sebenarnya sudah boleh memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan tadika dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 – RM15,000 anda tidak perlu membuat pinjaman  bank atau meminjam dari mana-mana institusi kewangan atau dari sanak-saudara. Simpanan anda sebanyak RM15,000 tersebut sebenarnya sudah mencukupi untuk anda memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Cuba lihat contoh anggaran pengiraan kos ini:
beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) : RM4,500
beli alatan permainan : RM2,000 
keceriaan (mengecap, mural)  : RM500
stationery: RM300
promosi (buat phamplet, signboard, dll) : RM1,200
pengubahsuaian : RM1,500
deposit sewa premis (anggaran sewa bulanan: RM800) : RM3,600
Lain-lain : RM800
Jumlah keseluruhan:  RM14,400
starflash1.gif TIP RAHSIA: Antara tip perniagaan yang  saya suka amalkan ialah “start small, finish big” . Mulakan dengan modal yang kecil tetapi berakhir dengan keuntungan yang besar….. Bagi mereka yang mempunyai modal besar dan banyak wang, anda bebas memulakan perniagaan tadika anda dengan modal yang tinggi bergantung kepada kemampuan anda, tetapi sekiranya perniagaan tadika juga boleh berjaya dan sudah terbukti berjaya dengan modal yang rendah, mengapa anda perlu membazirkan wang anda? Bukankah lebih baik anda menyimpan lebihan wang anda dan gunakan untuk perkara lain.
starflash1.gifstarflash1.gif STRATEGI SULIT: Anda boleh menggunakan wang pendaftaran pelajar untuk menambah modal pusingan anda. Bagaimana? Setiap pelajar yang ingin belajar di tadika anda perlu membayar wang pendaftaran tahunan sebelum mereka memulakan kelas tadika. Kebiasaan yuran ini dibayar sebelum Januari 2008 (sesi baru persekolahan) iaitu pada pada bulan November hingga Disember 2007. Anggaran yuran pendaftaran tahunan untuk seorang pelajar ialah RM400 (yuran untuk buku-buku aktiviti, uniform tadika, T.Shirt sukan, yuran aktiviti tahunan dan sebagainya) . Sekiranya terdapat 30 orang yang membayar yuran tahunan tersebut sebanyak RM400 seorang, bermakna anda sudah mempunyai RM12,000. ‘Modal Tambahan’ ini boleh membantu anda untuk bayaran deposit bagi tempahan uniform tadika, membeli buku-buku aktiviti, membeli peralatan yang belum mencukupi dan sebagainya.  Ingat! wang sebanyak RM12,000 itu merupakan wang amanah / “stakeholder” ,  jadi anda perlu menggunakan wang tersebut dengan bijak dan beretika.


cmne?mcm ada peluang buka taska or tadika je..
insyaAllah dipermudahkan lau usaha...
Amiinn...
:)

cUte OwL said MosHi2~

Monday 30 April 2012

edit2 cket...

minggu lepas dan minggu ni tak ada kelas dgn puan..
jd apa lagi enjoylah...
hehehe..
takdelah enjoy sgt...
enjoy aktiviti upsi ngn kolej je...
program recycle walk, permainan tradisional dan masakan tradisional..
nombor bertuah ialah nombor 3..
dapat dua hamper dua-dua no 3..
huhu...
penat2...
tp tak lupa buat proposal...
edit2 proposal...
Alhamdulillah 90% juga siap...
hasil kerjasama kawan-kawan kumpulan..
tak sabar nak tunjuk dkt puan apa yg kurang proposal ni...
tunggu next class..
WASALAM~
smile~~

cUte OwL said MosHi2~

Monday 23 April 2012

start up budget day care~

kenapa saya plh tajuk ni?
sbb ni slh satu isi yg perlu ada dlm proposal nak buka tadika..
sbb ni sangat2 penting utk kita kira berapa yang kita perlu utk
buka taska tanpa apa2 masalah..
apa yg penting sgt 2??
mari kita lihat ini:

Rent

When you first move from your home to another facility, you may want to talk with local churches, community centers and other civic facilities to see if it would be possible for you to operate a day care within their facilities. Another option is to find a vacant house with a large fenced yard in an area zoned to allow commercial use. However, when looking for the right location, make sure that it has adequate parking.

Equipment and Furniture

Appropriate equipment should be purchased for durability, versatility and overall attractiveness. A variety of day care equipment is needed to run a day care business. Indoors, items like cubbies and shelves are needed to keep supplies organized. When purchasing day care equipment, be sure to purchase durable equipment that's versatile and yet attractive. Depending on the ages of the children in your care, you'll need a range of items like sleeping mats as well as infant and toddler feeding stations.
Other equipment includes:
  • Classroom tables
  • Playground equipment
  • Cribs
  • Activity centers
  • Chairs
  • Special needs equipment
  • Books
  • Teaching supplies
  • Toys

Fixtures and Renovations

Finding the right environment for a day care center takes planning and research. As you pull together your start up budget, plan a facility that facilitates mainstreaming and promotes sanitation. The building you choose should be evaluated for adequate heat and cooling, to offer a healthy, nurturing atmosphere. From a budgeting point of view, you want to find a building that's energy-efficient and cost-effective.
Be sure to have the building under consideration inspected. Is the structure sound? Have the following items checked:
  • Roof
  • Electrical wiring
  • Plumbing
  • Heating/cooling
  • Exterior and interior finishes

Office Supplies

It's easy to overlook simple items like office supplies when putting together your day care start up budget, but without them your business cannot function. Make a list of items you'll need to estimate the cost.

Telephone and Utilities

When starting a business, deposits are often required for telephone and other utilities. After enough time, these deposits are usually returned, but on the front end, these amounts need to be added to your start up budget.

Printing and Copying

Check with the printing and office supply stores in your area to get an idea the cost to meet your business printing and copying needs.

Postage

Postage is necessary for sending out advertising, billing, etc.

Advertising

Your mode of advertising will depend on your location. If you started your business as a babysitting service and expanded it to a suitable facility, word of mouth will spread. However, to establish a profitable business, you'll want to reach new customers. Local newspapers, along with online sources provide advertising options, but no matter what advertising mode you decide to use, figure the price into your budget.

Licenses and Permits

Licensing and permitting for day care operations vary from state to state and even county to county. You'll want to contact your city's business license department before renting your facility. Find out what you need for procuring a business license and what it costs.

Insurance

Not all insurance companies are equal. Choose a company with a high rating. When it comes to insurance, the best price does not always provide the best coverage. When getting prices for insurance find a policy that provides liability coverage, which insures you against such things like sexual abuse liability and child care providers.

Loan Payments

Most likely, you'll need a loan to start up your business. While getting financial help can eliminate a lot of stress, be sure to include your loan payments in your budget.

Legal and Accounting Consulting Fees

Just like any business, your day care business needs legal and accounting consulting services. Accounting can be taken care of in-house. Research to find day care accounting software to help with this need.
Legal services, however, need to be provided by a professional. Look for a lawyer that specialized in the services you'll need.

Maintenance

Day care facilities are heavily used. Equipment and the building must be well-maintained for sanitary and safety reasons.

Salary

Your salary and that of your staff need to be included in your budget. Don't forget to include the cost of employer paid taxes, employee benefits, and the prospect of annual cost of living raises. After all, it is more cost effective to pay your employees well than it is to deal with the cost of employee turnover.

Unanticipated and Miscellaneous Expenses

Not everything can be planned down to every detail. So include a category for unanticipated expenses within your budget.


cUte OwL said MosHi2~

Saturday 21 April 2012

PosTer TaDikA ImpiAN KaMi~

sekarang ini tengah sibuk cket buat pasal poster tadika kami utk proposal...
ini dia poster yg telah dibuat utk taska kami..berkonsep swimming and music program...

kenapa kami pilh konsep tersebut?sebabnya.......


Kajian menunjukkan banyak faedah diperoleh daripada aktiviti berenang iaitu mampu meningkatkan perkembangan mental, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak. Malah, satu kajian dikendalikan Profesor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di Kolej Sukan Jerman mendapati kanak-kanak yang berenang pada usia awal menunjukkan perkembangan lanjutan dari segi kemahiran motor kasar dan halus, tindak balas, tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, tabiat sosial, keyakinan diri, kebebasan, serta mampu menangani situasi di luar jangkaan.


Apakah keistimewaan yang terdapat pada aktiviti muzik seperti bermain piano? Kajian membuktikan pembelajaran piano pada usia kanak-kanak mampu menggalakkan perkembangan otak dan membantu minda berkembang dengan lebih cepat. Teori itu diperkukuhkan dengan penemuan menakjubkan oleh dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl sekitar akhir tahun 90-an, melalui eksperimen mereka yang mengaitkan muzik dengan kebolehan menggunakan akal fikiran terhadap sekumpulan pelajar. Hasil kajian selama dua tahun itu mendapati kanak-kanak yang diajar bermain piano dan keyboard mempunyai kebolehan berfikir 34 peratus lebih baik daripada yang menerima latihan menyanyi, komputer atau tidak menerima apa-apa latihan. Secara keseluruhan pula, kajian juga menyatakan muzik berupaya meningkatkan fungsi otak yang diperlukan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan permainan catur.


cUte OwL said MosHi2~

the organization will produce the best work~

28 Mac 2012, kelas diadakan di BE-Learning 9 bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang. Puan Putri menerangkan tentang kepentingan carta organisasi di taska. Apa yang saya lihat organisasi ini memang begitu ketara pentingnya. 
DEFINISI CARTA ORGANISASI
 Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus . Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai :-

“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu irganisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. “
 Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu oerkulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.


KONSEP ORGANISASI

 Salah satu sifat dan tabiat semulajadi manusia ialah hidup berkelumpuk , yakni membentuk organisasi. Setiap organisasi mampu dan mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai bersama. Setiap organisasi mempunyai tugas tertentu , sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai. Setiap organisasi dan anggota-anggotanya menggunakan alat dan teknik yang tertentu , di dalam usaha mencapai matlamat itu . Semua itu akan menghasilkan sesuatu yang akan memberi faedah kepada organisasi dan anggotanya. Oleh itu jelaslah bahawa tersirat di dalam organisasi itu satu konsep yang melibatkan interaksi di antara

i) manusia
ii) Alat-alat ( teknologi )
iii) Kaedah-kaedah ( Cara-cara )
iv) Alam sekitar ( Environment )
 Di dalam kenyataan dan pendapat ini seorang pakar yang bernama PRESTHUS mengemukakan definisi konsep Organisasi :-

Organization is cefined as a system of structural interpersonel relation …… individuals are differentiated in terms of authority , status , and role with result that personel interactian is prescribed … Anticepated reactions tend ti occur , ehile ambiguity and spontaneisity are decreased .

di sini ialah link cara membuat chart organization in day care: 
http://www.ehow.com/how_7822089_create-chart-child-care-center.html


  
cUte OwL said MosHi2~

daycare~



Pada 21 Mac 2012, saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana terpaksa pergi ke Putrajaya bagi membuat pengajaran di tadika sana. Saya dan ahli kumpulan tidak dapat pulang ke tanjung malim awal kerana terdapat sedikit kesulitan pihak tadika di sana. Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tetapi terpaksa tidak menghadirkan diri ke kelas pengurusan program awal kanak-kanak. Walaupun sedih tidak dapat menghadirkan diri ke kelas tersebut kami terpaksa meredhakannya atas sebab tugasan dan kesilapan kami memperuntukkan masa membuat tugasan. Namun demikian, saya telah mendapatkan maklumat dari rakan-rakan sekelas bagi mengetahui tentang apa yang telah saya tertinggal untuk kelas tersebut. Alhamdulillah pertolongan dari rakan-rakan seperjuangan dapatlah saya informasi kelas pada hari tersebut.

saya telah memilih taska sebagai tajuk proposal kami. Ni sebab kami merasakan taska adalah tempat yang mana bayi dan kanak-kanak memerlukan penjagaan dan pendidikan yang bermakna. Saya ingin berkongsi satu taska yg saya idamkan iaitu taska mempunyai program swimming:

di sini link tentang infant aquatic yang very interesting: http://www.infantaquatics.com/


cUte OwL said MosHi2~

1st impression lah...

14 Mac 2012, saya telah menghadirkan diri ke kelas program pengurusan kanak-kanak. Puan Putri Afzan ialah pensyarah yang membimbing kelas tersebut. Pada awalnya saya melihat beliau seperti terlalu muda untuk mengajar subjek tersebut. Namun, apabila beliau mula perkenalkan diri dan bercerita serba sedikit tentang pengalaman beliau semasa belajar saya dapati beliau sangat berwibawa kerana bukan mudah bagi seseorang manusia untuk menjalani hidup bekerja dan belajar di Negara orang. Saya amat tertarik terhadap cerita beliau dan perilaku beliau sebagai tenaga pengajar. Hal demikian telah membuka mata saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang yang saya telah fokuskan. Beliau juga telah bercerita sedikit sebanyak tentang kurikulum sekolah di luar Negara. Saya amat tertarik dengan penjelasan beliau terhadap system persekolahan di luar Negara di mana mereka cepat setahun masuk ke universiti. Sebagai contoh pada umur 17 tahun mereka telah pun masuk ke universiti. Saya juga tertarik akan penerangan beliau terhadap penggunaan diari di tadika luar Negara iaitu guru mengambil gambar setiap kanak-kanak yang sedang melakukan aktiviti dan melekatkan gambar tersebut pada satu buku dan membuat sedikit catatan di atas kertas tersebut. Kemudian buku tersebut diberi kepada ibu bapa setiap kanak-kanak. 
sedikit info about education in UK:
If you are coming to the UK to set up a business or work, you may want to know how the UK education system works.
All children in England between the ages of 5 and 16 are entitled to a free place at a state school. If you are a non-UK European Economic Area citizen living in the UK - with rights of residence under European law - your children will have the same educational entitlements as UK children. Alternatively, your child could go to a private school, where you will have to pay fees.
Currently, young people can leave school at 16 (rising to 18 in 2013). However, there is a range of options for post-16 learning, training and development for young adults and adults who wish to gain further qualifications or skills for professional purposes or personal interest.
This guide will explain the structure of education in the UK, cover primary and secondary education, provide information on further education for adults in the UK - including universities and lifelong adult learning - and give details of how to register your children for school.



cUte OwL said MosHi2~

cute owl say hi2!

assalamualaikum...
yeayy2!!!!
my blog sudahpun siap...
blog ni khas utk lecturer kesayangan kami Puan Putri...
puan, 
saya nurul nabila bt abdul rashid..
bernombor matrik D20091035176...
ok saya akan continue reflective writting sy kat post seterusnya..
wasalam~

cUte OwL said MosHi2~