bon bon turun

Saturday 21 April 2012

the organization will produce the best work~

28 Mac 2012, kelas diadakan di BE-Learning 9 bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang. Puan Putri menerangkan tentang kepentingan carta organisasi di taska. Apa yang saya lihat organisasi ini memang begitu ketara pentingnya. 
DEFINISI CARTA ORGANISASI
 Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus . Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai :-

“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu irganisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. “
 Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu oerkulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.


KONSEP ORGANISASI

 Salah satu sifat dan tabiat semulajadi manusia ialah hidup berkelumpuk , yakni membentuk organisasi. Setiap organisasi mampu dan mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai bersama. Setiap organisasi mempunyai tugas tertentu , sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai. Setiap organisasi dan anggota-anggotanya menggunakan alat dan teknik yang tertentu , di dalam usaha mencapai matlamat itu . Semua itu akan menghasilkan sesuatu yang akan memberi faedah kepada organisasi dan anggotanya. Oleh itu jelaslah bahawa tersirat di dalam organisasi itu satu konsep yang melibatkan interaksi di antara

i) manusia
ii) Alat-alat ( teknologi )
iii) Kaedah-kaedah ( Cara-cara )
iv) Alam sekitar ( Environment )
 Di dalam kenyataan dan pendapat ini seorang pakar yang bernama PRESTHUS mengemukakan definisi konsep Organisasi :-

Organization is cefined as a system of structural interpersonel relation …… individuals are differentiated in terms of authority , status , and role with result that personel interactian is prescribed … Anticepated reactions tend ti occur , ehile ambiguity and spontaneisity are decreased .

di sini ialah link cara membuat chart organization in day care: 
http://www.ehow.com/how_7822089_create-chart-child-care-center.html


  
cUte OwL said MosHi2~

No comments:

Post a Comment