bon bon turun

Saturday 21 April 2012

PosTer TaDikA ImpiAN KaMi~

sekarang ini tengah sibuk cket buat pasal poster tadika kami utk proposal...
ini dia poster yg telah dibuat utk taska kami..berkonsep swimming and music program...

kenapa kami pilh konsep tersebut?sebabnya.......


Kajian menunjukkan banyak faedah diperoleh daripada aktiviti berenang iaitu mampu meningkatkan perkembangan mental, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak. Malah, satu kajian dikendalikan Profesor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di Kolej Sukan Jerman mendapati kanak-kanak yang berenang pada usia awal menunjukkan perkembangan lanjutan dari segi kemahiran motor kasar dan halus, tindak balas, tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, tabiat sosial, keyakinan diri, kebebasan, serta mampu menangani situasi di luar jangkaan.


Apakah keistimewaan yang terdapat pada aktiviti muzik seperti bermain piano? Kajian membuktikan pembelajaran piano pada usia kanak-kanak mampu menggalakkan perkembangan otak dan membantu minda berkembang dengan lebih cepat. Teori itu diperkukuhkan dengan penemuan menakjubkan oleh dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl sekitar akhir tahun 90-an, melalui eksperimen mereka yang mengaitkan muzik dengan kebolehan menggunakan akal fikiran terhadap sekumpulan pelajar. Hasil kajian selama dua tahun itu mendapati kanak-kanak yang diajar bermain piano dan keyboard mempunyai kebolehan berfikir 34 peratus lebih baik daripada yang menerima latihan menyanyi, komputer atau tidak menerima apa-apa latihan. Secara keseluruhan pula, kajian juga menyatakan muzik berupaya meningkatkan fungsi otak yang diperlukan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan permainan catur.


cUte OwL said MosHi2~

No comments:

Post a Comment